doctor cinta

3 Sebab Kenapa Lelaki Tidak Tertarik Pada Diri Anda

Pernah tak anda terfikir kenapa lelaki tidak tertarik pada diri anda? Anda merasakan diri anda sudah cukup sempurna, segak, cantik, menawan, dan mempersona tetapi kenapa diri anda seperti kutub magnet yang sentiasa menjauhkan lelaki dari anda?
Mungkin persoalan ini yang menjadi tanda tanya pada diri anda selama ini. Anda tercari-cari apakah punca dan sebab kenapa ia terjadi sebegitu. Jangan risau. Artikel kami kali ini akan menjawab segala pertanyaan anda tadi.
Kurang keyakinan diri
Mungkin ya anda kata anda cantik, tetapi adakah anda yakin yang diri anda cantik? Bagaimana kalau ada seorang lelaki kutuk kata, “Macam ni cakap cantik? Muka banyak jerawat ada la! Dah la gemuk!”. Adakah anda akan tetap cakap diri anda cantik jugak?
Jika anda kata, “Ya!”, bagus! Kami sangat mengagumi keyakinan diri anda. Tetapi jika anda cakap “Tidak!”, sayangnya anda perlu mengubah perkataan itu dan berkata “Ya!” dan yakin cakap diri anda cantik.
Sesetengah lelaki saje nak test adakah anda ini yakin pada diri sendiri atau pun tidak. Jika anda cepat mengalah dan cepat down, mereka lagi suka mentertawakan anda. Mereka lagi suka mengejek dan memalukan diri anda.
Tetapi jika anda yakin pada diri sendiri, berkata “Ya!” walaupun dikutuk, mereka akan rasa tergugat. Mereka akan rasa kagum dengan keyakinan diri anda. “Aku dah kutuk cakap gemuk pun, dia masih cakap cantik? Giler ke ape?”
Argh..jangan peduli apa orang kata. Yang penting anda yakin pada diri anda sendiri. Abaikan je segala lalat, dan langau yang cuba melemahkan keyakinan diri anda.

Wahai Sayang Yang Bukan Sayangku

Artikel Islam Cinta ini telah dikongsikan oleh La Di Da di Forum Tentang Cinta.
Teman.. Pernahkah kamu merasa satu ketika, kamu ditemukan dengan seseorang yang benar-benar satu kepala denganmu, sehingga kamu merasa dia sebagai teman sejiwamu, tapi kamu harus merasakan penderitaan yang teramat sangat kerana bagaimanapun ‘dia bukan untukmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin menangis sekuatnya dan membiarkan seluruh dunia mengetahui betapa dalamnya luka di hatimu ketika ‘dia yang bukan untukmu’ bagaimanapun juga tak akan boleh kamu lenyapkan dari hati dan fikiranmu?
Teman.. Pernahkah kamu ingin berteriak melepas semua beban dari hatimu namun ‘dia yang bukan untukmu’ itu berada semakin kuat dalam hatimu?
Teman.. Pernahkah kamu begitu merindukannya, bahkan dalam tidurmu kamu masih dan tetap merindukannya walaupun hampir setiap hari kau tahu kamu boleh berjumpa dengan ‘dia yang bukan untukmu’ itu?
Teman.. Pernahkah kamu terus dan terus berusaha untuk menjaga hatimu dan mengisi relung jiwamu dengan terus ‘taqarrub Ilallah’ kerana walaupun kamu sedar bahawa semua ini telah digariskan oleh Allah Tuhan Sekalian Alam sebagai ujian bagimu, kerana Dia teramat menyayangimu?

Bila Kekasih Lama Datang Kembali, Apa Pendapat Anda?

Dulu, anda pernah berkenalan rapat dengan seseorang. Dia seorang kekasih yang baik, caring, dan pandai mengambil hati anda.
Tetapi disebabkan si dia ingin sambung study di oversea, perhubungan anda berdua terhenti di situ. Masing-masing membawa haluan sendiri. Dengan harapan, jika ada jodoh anda berdua akan berjumpa lagi.
Malangnya… Anda jenis yang tidak boleh keseorangan. Anda perlukan teman.
Selepas beberapa bulan, anda berkenalan pula dengan kekasih anda yang sekarang ini. Dia pun ok. Baik hati, peramah, dan juga pandai menjaga hati anda. Anda rasa happy dengannya.

5 Tips Utama Untuk Menjadi Pakar Cinta

Anda sebenarnya boleh menjadi seorang Pakar Cinta. Semua orang! Tidak ada yang terkecuali. Malah anda juga boleh menggantikan kami di Tentang Cinta!
Apa yang penting, anda perlu memahami lima tips utama ini untuk menjadi seorang yang pakar dalam percintaan.
pakar-cinta
1. Banyakkan membaca
Anda perlu banyak membaca. Baca sebanyak mungkin buku, artikel atau ebook berkenaan perhubungan dan percintaan. Dapatkan segala ilmu-ilmu yang perlu anda tahu dalam bab bercinta ini.
2. Mendengar masalah
Daripada masalah orang, anda akan belajar masalah-masalah yang sering dihadapi orang lain. Daripada situ anda akan dapat memahami corak masalah yang berlaku dalam percintaan dan anda akan dapat selesaikannya daripada ilmu yang anda peroleh dari hasil pembacaan anda tadi.
3. Pelajari daripada orang lain
Anda juga boleh ikuti seminar-seminar dalam membentuk perhubungan atau percintaan yang sering diadakan di sekeliling anda. Atau pun anda boleh belajar daripada pengalaman rakan-rakan anda dalam menyelesaikan masalah mereka dalam percintaan. Forum Tentang Cintamerupakan platform mudah untuk anda pelajari daripada orang lain.

0 comments:

Post a Comment